Smkpbk.com ingin membuat kempen menderma sambil beriklan.
Kempen ini adalah bersempada dengan Program Aerobikton 2009 yang di anjurkan bersama PIBG dan Pihak SMK (P) Bukit Kuda sekali.

Program Aerobikton 2009 ini akan berlangsung pada 1hb Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dataran Bistari SMK (P) Bukit Kuda, Klang.
Program ini di adakan bagi mengumpul dana bagi menaiktaraf sekolah sendiri.
Berkesempatan ini pihak admin smkpbk.com ingin membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menderma sambil beriklan supaya menghubungi kami. Email kepada admin@smkpbk.com dan nyatakan yang anda berminat dengan program ini, kami akan menghubungi anda dengan butiran lanjut.
Kepada mereka yang menderma melalui admin@smkpbk.com, kami akan meletakkan iklan produk atau servis anda didalam website ini selama 2 bulan. Format iklan ialah banner dengan saiz 180px x 180px. Bagaimanapun hanya iklan yang “bersih” sahaja akan kami paparkan. Bersih ini bermaksud bebas dari iklan yang berbentuk perjudian, arak, kebencian/permusuhan, perkauman, ganas, unsur lucah dan sebagainya yang berbentuk negatif.
Keikhlasan anda kami dahului dengan ucapan Terima Kasih.

