Lencana Sekolah SMK(P) Bukit Kuda

Direka oleh Pn. Asra bt Samsuddin pada tahun 1971,
seorang guru di sekolah ini.
Maksud lambang di dalam lencana ialah seperti berikut:
a) Tiga jalur merah, putih dan biru melambangkan tiga bangsa utama. Warna merah membawa makna ketekunan, biru membawa erti persahabatan dan kasih sayang
b) Lambang pelita bermaksud cahaya ilmu pengetahuan
c) Garisan condong ke atas bermaksud kemajuan yang meningkat dan ianya diambil dari nama kawasan sekolah ini iaitu Bukit Kuda.
d) Cogan kata BELAJAR DAN BERBAKTI

