Sejarah Penubuhan SMK(P) Bukit Kuda.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda (SMKPBK) atau nama asalnya Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris ) Bukit Kuda telah ditubuhkan pada 8 Januari 1968.
Keluasannya ialah 5.95 ekar dan pada awal penubuhannya, sekolah ini terdiri daripada empat blok sahaja iaitu blok A,B,C dan D. Blok E dibina pada tahun 1981 dan blok F pada tahun 1983. Bangunan sekolah bertambah pada tahun 1991 dengan blok H dan blok I pada tahun 1999. Pada tahun 2002 makmal komputer telah dibina.
Pada peringkat awal, jumlah pelajarnya berjumlah 232 orang dan kini sehingga 31 Julai 2005 jumlah pelajarnya mencapai 1659 orang. Sila klik di sini untuk melihat peratus pelajar mengikut kaum.
Ketika mula ditubuhkan, tenaga pengajarnya berjumlah 9 orang sahaja dan kini bilangannya bertambah kepada 91 orang.

